Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 12

10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai iPhone 12

Diterbitkan Oktober 16, 2020 · Dikemas kini Oktober 16, 2020 oleh Amsyar Latif

Baru sahaja diperkenalkan beberapa hari lepas, anda mungkin tertanya apa ciri baharu yang ditampilkan untuk penawaran iPhone 12 pada kali ini. Berikut kami senaraikan antara perkara yang anda perlu tahu mengenai iPhone 12.

4 Model

iphone 12 lineup

Berbanding tahun sebelumnya, Apple pada tahun ini menawarkan empat model bagi iPhone 12. Antaranya adalah iPhone 12 mini (5.4 inci), iPhone 12 (6.1 inci), iPhone 12 Pro (6.1 inci) dan iPhone 12 Pro Max (6.7 inci). Ini menjadikan iPhone 12 Pro Max adalah iPhone terbesar yang pernah dihasilkan.

Untuk iPhone 12 mini, ia merupakan pertama kali Apple menggunakan nama tersebut dalam barisan iPhone. Namun, ianya bukanlah perkara baharu kerana Apple telah pun menggunakannya pada iPod mini, iPad mini dan Mac mini sebelum ini.

Skrin OLED

iphone 12 oled

Tiada lagi skrin LCD yang dimuatkan pada iPhone tahun ini. Apple kini menggunakan sepenuhnya skrin OLED Super Retina XDR pada semua model iPhone 12.

Ceramic Shield

iphone 12 ceramic glass

Apple pada kali ini memperkenalkan perlindungan skrin dimana Apple memanggilnya sebagai Ceramic Shield.

Ianya adalah daripada pengeluar Corning, dimana ia akan memberikan peranti ini lebih tahan lasak serta 4x lebih tahan jika ia terjatuh.

Kaca-seramik ini adalah bahan yang baik kerana tahan lama, ringan serta hampir tahan panas dan elektrik.

A14 Bionic

Ujian Ukur Aras Geekbench: Cip A14 Bionic Pada iPhone 12 Adalah 25% Lebih Pantas Berbanding A13 iPhone 11

Apple hadir dengan cip pemproses 5nm mudah alih pertama. Ia mempunyai CPU dan GPU serta Neural Engine yang lebih pantas.

Mereka mendakwa bahawa CPU dan GPU pada peranti iPhone kali ini adalah 50% lebih pantas berbanding peranti pintar lain.

5G

iPhone 12 Untuk Pasaran Malaysia Tidak Disertakan Dengan 5G mmWave – Hanya 5G Sub-6GHz Sahaja

Pengeluar Android lain telah memperkenalkan peranti dengan rangkaian 5G dan Apple baru sahaja menggunakannya pada barisan iPhone 12.

Ia hadir dengan dua rangkaian kelajuan 5G iaitu sub-6GHz dimana ia menggunakan frekuensi yang sama dengan 4G LTE.

Manakala, mmWave adalah rangkaian 5G lebih pantas daripada sub-6GHz.

Bagaimanapun, iPhone 12 untuk pasaran Malaysia tidak disertakan dengan 5G mmWave.

MagSafe

iPhone 12 Pro Dan Pro Max Rasmi Dilancarkan – Rekaan Serba Baharu, Harga Bermula RM4,899

Apple menghidupkan semula jenama MagSafe dengan aksesori pengecasan tanpa wayar barunya.

Sama seperti Apple Watch, anda hanya perlu memasang pada pengecas tanpa wayar.

Terdapat cincin magnet di bahagian belakang iPhone bersama dengan beberapa pelindung dan sensor baru menjadikan peranti akan terpasang tepat pada aksesori MagSafe.

Rakaman video 4K HDR

iphone 12 4k hdr

Kini iPhone 12 mampu merakam video 4K HDR dengan Dolby Vision. Kemudian boleh menyuntingnya menggunakan aplikasi Photos atau iMovie.

Turut boleh terus memaparkan video tersebut pada TV dengan menggunakan AirPlay.

Night Mode Time-lapse

iphone 12 night mode

Night Mode kali ini boleh digunakan pada semua kamera utama termasuk kamera swafoto dan sudut lebar.

Ia turut dilengkapi Night Mode Time-Lapse, kini iPhone 12 mempunyai 27% lebih baik apabila digunakan walaupun dalam kurang cahaya.

Deep Fusion, Smart HDR 3

iphone 12 deep fusion

 

Semua model iphone 12 terdapat Apple Deep Fusion yang merupakan satu sistem fotografi untuk meningkatkan ketajaman gambar dan Apple mendakwa ia lebih pantas pada peranti ini.

Sistem Smart HDR 3, secara automatik akan menyesuaikan perkara seperti white balance dan kontras dalam gambar bagi menjadikan gambar kelihatan lebih semula jadi.

Apple ProRAW

iPhone 12 Pro Dan Pro Max Rasmi Dilancarkan – Rekaan Serba Baharu, Harga Bermula RM4,899

Apa yang membezakan iPhone 12 Pro dengan iPhone 12 adalah Apple ProRAW.

Fungsi ini akan hadir pada iPhone 12 Pro kelak. Ia akan memberikan anda informasi yang diperlukan dalam sesuatu gambar kerana berbentuk format RAW.

Dengan ini, anda boleh menyunting gambar dengan lebih mudah serta dapat mengubah warna dan white balance dengan senang.

LiDar

iPhone 12 Pro Dan Pro Max Rasmi Dilancarkan – Rekaan Serba Baharu, Harga Bermula RM4,899

Pengimbas LiDAR pertama kali diperkenalkan pada peranti iPad Pro dan kali ini Apple memasukkannya ke dalam iPhone 12 Pro.

Dengan ini, ia akan berikan kemampuan peranti untuk mencipta “depth map” dengan resolusi tinggi di depan sensor gambar.

Selain penggunaannya untuk augmented reality (AR), sebenarnya ia banyak membantu dalam fotografi seperti pemfokusan imej lebih baik walaupun dalam gelap.

Warna Baharu

Seperti barisan iPhone terdahulu, sudah pasti mempunyai warna yang baharu.

iPhone 12 mini Diumumkan – iPhone 12 Paling Mampu Milik, Harga Bermula RM3399

iPhone 12 mirip dengan barisan iPhone 11 dengan pilihan warna yang banyak. Ia ditawarkan dalam 5 warna – Black, White, (PRODUCT) Red, Blue dan Green.

iphone 12

Sementara iPhone 12 ditawarkan dengan 4 warna – Gold, Silver, Pacific blue dan Graphite.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY