10 Peranti Prestasi Terbaik Sepanjang Oktober Berdasarkan Penilaian Antutu

Sejak beberapa bulan yang lalu, peranti dengan janaan cip pemprosesan Snapdragon 845 berjaya menggungguli kedudukan teratas bagi carta bulanan Antutu.

Minggu lalu, Antutu telah mengeluarkan senarai baru peranti dengan prestasi untuk bulan Oktober.



Kedatangan Kirin 980 nampaknya mengubah penguasaan itu dimana ketiga-tiga model baru daripada Huawei; Mate 20, Mate 20 Pro dan Mate 20X berjaya meraih tiga tangga teratas dalam carta tersebut.

Baca juga - Jom Lihat Apa Yang Menjadikan Kirin 980 Cip Paling Berkuasa Ketika Ini

Satu lagi muka baru yang tersenarai adalah peranti gaming Xiaomi, Blach Shark Helio dengan markah purata 301757 yang melayakkanya berada ditempat ke 4 dituruti ditempat ke 5 oleh edisi pertama Black Shark.

  1. Huawei Mate 20

  2. Huawei Mate 20 Pro

  3. Huawei Mate 2o X

  4. Xiaomi Black Shark Helo

  5. Xiaomi Black Shark

  6. Meizu 16th

  7. OnePlus 6

  8. Asus ROG Phone

  9. Smartisan R1

  10. Nubis Z18


Carta ini adalah berdasarkan markah purata untuk setiap model yang diuji dan bukannya markah paling tinggi yang dicapai.

Bagi yang tertanya-tanya dimana Mi Mix 3, OnePlus 6T, dan Honor Magic 2, ia tidak termasuk didalam senarai kerana pelancarannya hanya dibuat pada penghujung bulan Oktober.

Sumber: Antutu