Ikuti kami di media sosial

Berita

10 Peranti Android Ini Disahkan Boleh Digodam Bagi Mengintip Penggunanya

ariff bukhari

Ditulis

pada

Peranti Samsung dan Huawei adalah antara yang terjejas.

Sekumpulan penyelidik dari 2 buah universiti mendedahkan 10 telefon pintar Android boleh digodam bagi mengintip penggunanya sendiri.

Ia didedahkan dalam penyelidikan bersama bertajuk “Opening Pandora’s Box through ATFuzzer: Dynamic Analysis of AT Interface for Android Smartphones” yang dijalankan oleh Purdue University dan University of Iowa.

Penggodaman dibuat dengan mengeksploitasi arahan [AT]ention pada sambungan tanpa wayar Bluetooth dan aksesori USB bagi menipu pengguna menerusi kecacatan perisian peranti tersebut.

Seterusnya penggodam boleh mengakses peranti mangsa dengan melaksanakan pelbagai arahan.

Attackers can use that access to trick vulnerable phones into giving up their unique identifiers, such as their IMEI and IMSI numbers, downgrade a target’s connection in order to intercept phone calls, forward calls to another phone or block all phone calls and internet access altogether.

Berikut adalah 10 senarai peranti Android yang disahkan boleh digodam bagi mengintip penggunanya:-

  • Samsung Galaxy S8+
  • Samsung Galaxy S3
  • Samsung Note 2
  • Huawei P8 Lite
  • Huawei Nexus 6P
  • Google Pixel 2
  • LG G3
  • LG Nexus 5
  • Motorola Nexus 6
  • HTC Desire 10 Lifestyle

Susulan daripada pndedahan tersebut, pihak Google telah respon dengan menyatakan pengguna Pixel tidak perlu bimbang kerana kecacatan keselamatan perisian peranti tersebut dapat diselesaikan apabila mereka mengemas kini sistem operasi peranti tersebut kepada versi terbaru.

Pihak Samsung pula memberitahu mereka akan melepaskan kemas kini bagi menangani isu ini tidak lama lagi. Manakala pihak Huawei pula masih belum memberikan sebarang respon.

Sumber: Techcrunch

Teruskan Bacaan
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular