10 Pemenang Pertandingan "Shot on iPhone" Diumumkan Oleh Apple

Pada Januari yang lepas, Apple telah mengadakan pertandingan "Shot on iPhone" bagi memilih 10 gambar terbaik yang ditangkap menggunakan peranti iPhone.

Keputusan bagi pertandingan itu telah pun dipilih dan diumumkan di laman web Apple semalam. Berikut adalah senarai gambar yang muncul sebagai pemenang pertandingan ini:



Gambar-gambar di atas telah diambil menggunakan peranti iPhone 7, iPhone 8 Plus, iPhone X, iPhone Xs dan iPhone Xs Max.

Kesemua 10 gambar tersebut akan diguna dalam promosi dan pemasaran di laman web Apple dan Apple Store.

Dengan itu, setiap jurugambar akan dikurniakan yuran perlesenan kepada setiap penggunaan gambar mereka seperti yang diumumkan Apple sebelum ini.

 

Sumber: Apple Newsroom