10 Papan Kekunci Terbaik Android

Untuk kebanyakkan orang, papan kekunci yang disertakan bersama peranti mereka boleh dianggap sebagai boleh digunakan.

Samada papan kekunci stok dari Anroid atau dari pengeluar seperti Samsung atau LG, papan kekunci ini melakukan kerja-kerja asas tanpa ada masalah.

Namun bagi peminat Andorid, mereka boleh menukar papan kekunci yang biasa kepada sesuatu yang lebih menarik atau papan kekunci yang lebih canggih.

Maaf Apple..

Di bawah disertakan senarai papan kekunci yang boleh anda muat turun untuk kegunaan telefon pintar anda.

  • AI Type Keyboard


i.img

Papan kekunci ini boleh didapati dengan percuma di Google Play Store untuk versi percubaan dan untuk versi penuh dengan bayaran RM18.

Ia hadir dengan fungsi-fungsi biasa yang anda dapat dari aplikasi papan kekunci.

Anda juga boleh meletakkan tema lain untuk papan kekunci anda dari lebih 1,000 tema.

Selain itu, baris nombor boleh diletakkan sekali untuk memudahkan anda memasukkan nombor tanpa perlu menukar kepada baris nombor.

  • Chrooma Keyboard


i.img

Papan kekunci ini adalah papan kekunci yang baru dalam kategori ini.

Ia datang dengan menaip menggunakan isyarat, saiz papan kekunci yang berbeza, mod malam dan anda boleh menukar warna papan kekunci anda mengikut kemahuan anda.

Papan kekunci ini menyokong lebih dari 60 bahasa dan kalau anda ingin meletakkan tema, sedikit bayaran akan dikenakan.

Muat turun pula adalah percuma.

  • Gboard


i.img

Gboard adalah papan kekunci rasmi untuk Google.

Ia mengandungi semua fungsi asas papan kekunci seperti pembetulan automatik, taipan pelbagai bahasa, dan pelbagai fungsi-fungsi lain.

Yang membezakan papan kekunci ini sekarang dengan yang lain adalah binaan carian Google di dalam papan kekunci.

Ini bermakna anda tidak perlu keluar ke enjin carian untuk memulakan carian.

Semuanya adalah percuma di Google Play Store.

  1. Kii Keyboard


i.img

Papan kekunci ini masih dalam fasa beta.

Ia mengandungi baris nombor, kunci anak panah, kata ramalan dan papan kekunci yang terpisah (untuk tablets).

Masih dalam beta dan tentunya masih terdapat 'bug'.

Tetapi anda boleh memeriksanya di Google Play Store secara percuma buat masa sekarang.

  • Multiling O Keyboard


i.img

Papan kekunci ini dari tajuknya boleh diagak kemampuannya.

Dengan sokongan lebih dari 200 bahasa, ia menjadi kelebihan berbanding papan kekunci lain.

Selain itu, anda mendapat taip menggunakan isyarat, memasang susun atur seperti papan kekunci PC anda, saiz papan kekunci dan banyak lagi.

Semuanya secara percuma di Google Play Store.

  • Minuum Keyboard


i.img

Papan kekunci ini mungkin sesuatu yang di luar kotak.

Ia hadir dengan susun atur sama seperti kebanyakkan papan kekunci lain.

Yang membuatkannya lain daripada yang lain adalah mod mini yang membuatkan tinggi papan kekunci sama dengan saiz ibu jari anda.

Dengan boleh meramal perkataan yang anda akan taip, terdapat lekuk pembelajaran yang perlu dilalui sebelum anda dapat menguasainya.

Dapatkan sekarang dengan harga RM 18 di Google Play Store.

  • Redraw Keyboard


i.img

Redraw Keyboard adalah salah satu papan kekunci Android yang mudah.

Dengan ciri-ciri tema dan emoji yang banyak, anda boleh mengubah papan kekunci mengikut kesusaian anda.

Ia datang dengan penterjemah sendiri, sokongnan Google Docs dan banyak lagi.

Anda boleh mendapatkan dengan percuma tetapi terdapat bayaran dalam aplikasi untuk sesetengah perkara.

  • Smart Keyboard


i.img

Papan kekunci ini antara papan kekunci yang sudah lama berada di pasaran.

Ia masih mendapat kemaskini secara tetap.

Dengan fungsi papan kekunci yang biasa anda dapat dari papan kekunci biasa mungkin ini plihan yang kurang baik.

Papan kekunci ini berharga RM 10 dan anda boleh mencuba demo sebelum memebeli papan kekunci ini.

  • SwiftKey Keyboard


i.img

Ini mungkin papan kekunci yang popular di luar sana.

Dengan semua fungsi asa termasuk dengan menaip menggunakan isyarat, 'cloud sync' dan menyokong lebih dari 100 bahasa membuatkan papan kekunci menjadi pilihan ramai.

Anda boleh mendapatkan secara percuma di Google Play Store tetapi bayaran akan dikenakan untuk sesetengah tema di dalam papan kekunci.

  • Typani Keyboard


i.img

Papan kekunci ini agak baru dalam pasaran.

Ia menyokong lebih dari 90 bahasa dan mempunyai fungsi tema, sticker dan emoji yang banyak.

Fungsi lain seperti menaip menggunakan isyarat, ramalan perkataan dan pelbagai susun atur papan kekunci

Bersama dengan Gboard, papan kekunci ini boleh didapati dengan percuma tanpa ada bayaran dalam aplikasi untuk anda.

Sumber