10 Juta Unit Siri Huawei Mate 20 Sudah Terjual Di Seluruh Dunia

Jika sebentar tadi kami melaporkan berita kurang enak, kali ini ia adalah berita baik mengenai Huawei.

Siri Huawei Mate 20 keluaran mereka kini sudah menjejah angka jualan sebanyak 10 juta unit di seluruh dunia.

Ia menjadikannya sebagai antara siri kelas Huawei yang paling berjaya di samping siri P20 sepanjang tahun lepas.



Bagaimanapun, pengumuman yang dibuat oleh Ketua Peranti Mudah Alih Huawei, Yu Chengdong itu tidak menyatakan secara spesifik mengenai jumlah jualan bagi setiap model di bawah siri tersebut.

Siri Huawei Mate 20 telah dilancarkan pada Oktober tahun lalu dengan beberapa model berbeza iaitu Mate 20, Mate 20 Pro, Mate 20 X dan Porsche Desing Mate 20 RS yang dilancarkan pada bulan berikutnya.

Dalam pada itu, Huawei bakal memperkenalkan satu lagi siri perdana mereka, Huawei P30 pada hujung bulan ini.
Baca juga: Tunggu Dulu, Kemunculan Huawei P30 Semakin Hampir- Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini

Ia dijangka akan terus menjadi tumpuan terutama bagi penggemar fotografi apabila dilancarkan kelak.

 

Sumber: Android Authority