10 Fungsi Yang Dijangka Hadir Pada Android P

Sudah beberapa siri khabar angin bertiup memperkatakan tentang Android P, Google akhirnya berkongsi pratonton sistem operasi tersebut.

Ketika ini, Android P masih berada dalam proses pembangunan dan diramal akan diumumkan secara rasmi sekitar acara Google I/O 2018 pada bulan Mei hadapan.

Mari lihat apa yang bakal dipertaruhkan Google menerusi sistem terbaru itu.

1. Sokongan terhadap skrin takuk



Walaupun takuk pada skrin sudah lama diperkenalkan, tetapi semua setuju bahawa iPhone X yang mempopularkan rekaan berkenaan. Google nampaknya tidak terlepas untuk mengikuti tren terbabit dengan menghadirkan ciri sokongan untuk takuk berkenaan.

2. Smart Reply pada platform pemesejan



Ciri ini diperkenalkan pada aplikasi Gmail dan juga Allo, dan menerusi Android P ia akan tampil pula pada platform pemesejan. Smart Reply akan memudahkan anda membalas chat serta mesej dengan lebih pantas dibantu oleh algoritma mesin pembelajaran.

3. Berupaya memaparkan gambar pada ruangan notifikasi



Saat ini, apabila anda menerima mesej berupa gambar, ruangan notifikasi hanya memaparkan ayat sahaja. Menerusi Android P, gambar yang diterima itu boleh dilihat terus dari notifikasi.

4. Membezakan antara perbualan berkumpulan atau individu



Platform pemesejan Android P juga dikhabarkan akan membezakan teks mesej individu ataupun berkumpulan untuk penggunaan yang lebih efektif.

5. Ciri zoom teks



Ciri ini tidak disebutkan pada blog rasmi Google tetapi ia dijangka hadir pada Android P. Memberikan pengalaman yang sama seperti pengguna iPhone kerana anda boleh zoom teks untuk paparan yang lebih jelas.

6. Sokongan protokol WiFi yang baru



Sebagai sistem operasi yang baru, sudah pasti ia akan menyediakan sokongan untuk teknologi terkini seperti contoh, protokol WiFi IEEE 802.11mc atau lebih dikenali sebagai WiFi 33 Round-Trip-Time (RTT). Ia memberi kelebihan kepada pembangun aplikasi untuk menggunakan Indoor Position GPS.

7. Teknologi mampatan imej baru, sama seperti iOS 11



Teknologi mampatan ini akan memjimatkan data ketika pemindahan imej serta menjimatkan ruang simpanan pada telefon pintar. Ia merupakan sokongan kepada HEIF(heic), sama seperti yang dilakukan Apple pada iOS mereka.

8. Sokongan dwi kamera



Telefon pintar flagship hingga ke pertengahan ketika ini kebanyakkannya menggunakan tetapan dwi kamera. Justeru itu, sokongan untuk tetapan tersebut sangat diperlukan dan para pembangun dapat mengoptimumkan aplikasi untuk fungsi dwi kamera tersebut.

9. Tingkatkan lagi pengisian automatik kata laluan.



Autofill password akan diberikan nafas baru pada Android P. Pengguna lebih mudah mengisi borang secara dalam talian.

10. Pelaras bunyi secara menegak



Sudah pasti antaramuka juga akan diberikan kelainan dimana pelaras kelantangan bunyi akan direka dengan keduduk menegak.