10 Aplikasi iPhone Paling Popular Sepanjang Masa

Tidak kurang daripada seminggu sahaja lagi App Store bakal menyambut ulangtahunnya yang ke-10. Pada tanggal 11 Julai 2008, App Store pertama kali membuat penampilan bersama-sama dengan iPhone 3G dan sejak itu, ia semakin berkembang dengan menawarkan pelbagai aplikasi menarik.

Difahamkan, App Store sudah mencatatkan 170 bilion kali muat turun dan pengguna telah membelanjakan lebih dari $130 bilion pada platform berkenaan.

Bersempena dengan ulangtahun ke-10 tersebut, firma analisis App Annie telah menyenaraikan 10 aplikasi serta permainan terbaik dan popular sepanjang masa dari App Store.

Carta dibawah dibuat adalah berdasarkan data yang dikumpul dari 1 Julai 2010 sehingga 31 Disember 2010, serta 1 Januari 2018 sehingga 1 May 2018.

10 Permainan Paling Banyak Dimuat Turun Sepanjang Masa



10 Permainan Yang Paling Banyak Dibelanjakan Oleh Pengguna Seluruh Dunia



10 Aplikasi Yang Paling Banyak Dimuat Turun Sepanjang Masa





Amerika Syarikat dan China merupakan dua pasaran terbesar yang menyumbang kepada jumlah muat turun aplikasi dan permainan dunia. Diramalkan dua nama besar berkenaan akan kukuh merajai pasaran sehingga 2022.

Via TechCrunch