Bagi memudahkan para pelanggannya memahami notis privasi, CelcomDigi telah menghasilkan infografik sebagai transparensi dalam amalan privasinya.
Infografik tersebut adalah bertujuan untuk mendidik para pelanggan CelcomDigi tentang jenis maklumat peribadi yang dikumpul, sebab ia dikumpul, cara ia diproses dan dengan siapa ia akan dikongsi.
Ia juga membantu pelanggan memahami hak privasi mereka, cara melaksanakan hak ini dan langkah yang perlu diambil jika data mereka terjejas.
Ketua Privasi CelcomDigi, Kulani Geeta Kulasingam menekankan bahawa inisiatif ini adalah sebahagian daripada semakan biasa yang dilakukan oleh syarikat itu terhadap amalan privasinya untuk terus membina amalan data jangka panjang yang bertanggungjawab dan mengekalkan kepercayaan pelanggan.
Untuk melihat Infografik tersebut, anda boleh mendapatkan menerusi pautan CelcomDigi Privacy Infographic.
{suggest}
Sumber: CelcomDigi