Lenovo dalam acara CES 2023 di Las Vegas memperkenal Yoga Book 9i yang diperkasa Intel Core i7 gen-13 . Ia merupakan komputer riba dengan dwiskrin OLED pertama di dunia.
Komputer riba ini hadir dengan teknologi dua skrin berasingan yang mampu menjalankan 2 kerja berbeza dalam masa sama.
- RAM: 16GB LPDDR5X
- ROM: SSD, 512GB dan 1TB
Contohnya, pengguna boleh menonton ceramah Ustaz Wadi Anuar di YouTube pada salah satu skrin manakala satu lagi digunakan untuk mencatit senarai amalan yang mensia-siakan pahala dengan stylus dibekalkan.
Dengan fungsi lipatan dan dwiskrin, ia boleh berfungsi sebagai komputer riba atau tablet mengikut penggunaan tuannya.
Yoga Book 9i ini datang dengan paparan OLED bernisbah 16:10, resolusi 2.8K.
Ia hadir dengan folio berdiri, stylus dan papan kekunci Bluetooth yang boleh ditanggalkan. Lenovo mengatakan peranti ini nipis dan ringan.
Dalam menavigasinya, Yoga Book 9i ini menyokong sentuhan 5 jari untuk memudahkan pengurusan kerja pelbagai dalam satu masa.
{suggest}
Ia juga hadir dengan sokongan PureSight yang sokong 100% DCI-P3 dan Dolby Vision HDR. Bagi audio pula, ia mempunyai sokongan Dolby Atmos dengan pembesar suara Bowers & Wilkins.
Bila sampai di Malaysia? Buat sementara ini tidak dinyatakan ketersediaannya untuk pasaran tempatan.
Sumber: Siaran Akhbar Lenovo